Hari ni nak citer pasal breastfeeding plak. Apa yang menjadi halangan dan dugaan. Ya, tidak dinafikan BF is the best, Bf adalah tanggung jawab seorang ibu kepada anaknya. Tapi, kita harus ingat, yang BF bukanlah kewajipan. Tidak dikatakan dalam al-Quran yang seorang ibu mesti menyusukan anaknya hingga dua bulan. Tapi, digalakkan menyusu sehingga 2 bulan. (Note ‘hingga’ dan ’sehingga’ adalah tidak sama maksud). For some people, BF adalah passion, something yang harus/mesti dibuat oleh semua ibu-ibu. Ya.. Setuju, tapi kedang2 ada jugak ibu yang mempunyai kesusuahan sendiri, yang menyebabkan dia kena FM atau campur.. Pastu, haruskah kita kondem ibu2 nih, she’s trying (hopefully) to be the best mother. Even dia mix feeding tp dia tetap belikan FM yang hebat2, bukan setakat susu pekat manis, kan?
Disini saya cuba listkan apa penghalang/cubaan untuk ibu menyusu ni, sedikit sebanyak yang saya tahu la, dar permerhatian. Ada 2 kategori, satu dari segi fizikal dan satu lagi persepsi.
1. Kesihatan yang tidak mengizinkan
Sesetengah mommies kurang bernasib baik kerana tidak dikurniakan kesihatan yg optimum untuk menyusukan anak. Mungkin sakit2 yang kronik. Saya tak tau nak bg contoh. Tapi ini adalah salah satu penyebab kenapa tidak berjayanya BF. Bagi ibu2 yang bertekad, mungkin akan berusaha jugak nak BF anak masing2, tp mungkin kurang berjaya dan terpaksa mix feeding. Jadi, perlukah kita salahkan mereka?
2. Karier yang tidak mengizinkan
For some mommies, mereka terlibat dengan karier yang tidak membolehkan mereka meneruskan BF/terpaksa miz-feeding. Contoh: askar (kalau terpaksa bekerja diluar kawasan atau dalam hutan, camna nak bawak anak, letrik pun takde), kerja kat pelantar minyak, travelling bussinesswomen, model (figure lari kalau full BF), pelakon (time kerja tak tentu, terpaksa tinggalkan anak kat sapa2). Even yang kerja kat production line pun dah terasa kesusahan nak BF, mana nak curimasa nak pam, sedangkan nak solat pun curi2 masa (saya tau, sbb saya pernah kerja kat production line 6 minggu, huhu, tak tahan)..
3. Tiada sokongan suami
Suami adalah insan terdekat dalam hidup seorang ibu yang menyusu. sokongan moral dari seorang suami itu amatlah berharga dan sangat2 penting. BF adalah satu task yang amat memenatkan, segala tenaga dan tumpuan, hati dan emosi ditumpahkan kepada BF. Tambah2 bagi working mothers, penat sangat. Macam mana suami yang tak menyokong nih? Perlu diingat, direct feeding dan proses pam susu adalah satu proses yang ,membakar kalori (no wonder, BF mommies kena makan byk).. bila kalori terbakar, u can expect these mommies to be fatigue. Then, imagine, working mothers who pump at least 3 times a day to fulfill the little one’s needs. So, bila balik rumah tu, dah nak collapse dah. Then, imagine si suami pulak, demand macam2, nak masakan rumah, anak2 yang dah besar kena bersih, rumah dan baju kena siap. atau, sometimes, suruh sediakan baju utk keluar bersukan lepas Isya’. Then, bila si ibu ini meminta sedikit waktu rehat kerana letih, si suami kata “ibu yang memilih utk BF, ibu tanggung la”. Can u imagine, betapa hancur luluhnya hati si isteri..
Untuk ibu2 yang macam ni, apa yang perlu kita bg? Bagi nasihat supaya bersabar ja, dan mintak pertolongan Allah utk lembutkan hati si suami (of course la kan). atau bg option kat dia supay mix feeding ja, supaya tak la letih sangat. At least masih BF kat rumah, kat nursery biar lah FM..
4. Tiada pengetahuan
Ini sangatla obvious. saya sendiri tak tau yang bleh BF sampai 2 tahun sehinggalah lagi 2 minggu nak bersalin. Macam mana nak BF, macam mana nak BF sambil bekerja, macam mana nak handle anak yang asik nangis, kembung .. all these things perlu ilmu. Yep, ilmu mmg senantiasa diofer oleh org2 tua, makcik2 dan pakar2 perubatan bersallin. jadi pilih la sumber ilmu yang betul
5. Tiada tekad
Ini pun sangat penting. TEKAD. Ada ilmu setinggi gunung sekalipun, tapi kalau takde tekad, equal to zero. Saya dah jumpa ramai orang camni, puas di drill dengan informasi, tapi tetap tak berjaya. kadang-kadang hati kecil saya menakal bertanya “Apa la silap ngan dorang nih, nak kata tak cerdik, cerdik, nak kata tak tau, dah dibagi tau” tapi kenapa takbleh buat jugak. kadang2 alasan yang diberi langsung tak munasabah. Jadi saya simpulkan, golongan ini adalah golongan yang tidak bertekad untuk BF secara bersungguh2. (kalau dorang berusaha bersungguh2, saya takkan kategorikan dorang dalam golongan ini tau. ker nak saya golongkan kat ketgori tidak lagi mendapat hidayah, huhu kejam siot)
6. Tiada kumpulan sokongan
Walau pun faktor ini macam kecik ja, tapi ada jugak orang yang guna alasan ini sebagai penghalang untuk full BF. Memang ramai ja antara kita yang takde kumpulan sokongan (saya sendiri pun, masa mula2). tapi dengan tekad dan sokongan suami, kebanyakan kita survive ja.
—————————————————————————————————————
Bermula dari bawah garisan ini adalah catatan emo saya
For me, some mommies adalah memang tidak di rezekikan untuk BF anak dia. Saya salute ngan mommies yang mempunyai macam2 masalah dan berusaha bersungguh2 untuk mengatasi nya. Some may succeed, some may not, but it is the effort that matters. For some mommies, I can see the struggle, for the other, bleh kata byk bagi alasan ja.
for husbands, (ni emo giler nih), please appreciate your wives, they are trying to give the very best to YOUR KIDS, not anyone else’s.. Kalau tak bleh bantu pun, please don’t condem. Untuk para suami yang isterinya bekerja dan trying untuk full BF YOUR KID, please be grateful. Isteri2 awak sumer dah tolong awak cari rezeki (yg sepatutnya awak sorang ja cari, yang sepatutnya, tenaga awak sorang ja diguna utk bagi makan anak dan isteri). jadi, bila isteri dah TOLONG awak utk cukupkan nafkah yang awak tak mampu tu, tak boleh ker awak tolong dia utk penuhkan tanggungjawb dia sebagai ibu. dah ler kerja rumah awak tanak buat sedangkan tu pun kerja awak jugak. Pastu awak kondem lak isteri awak yg choose utk BF.
Untuk isteri2 yang ada problem camni, saya syorkan anda utk berhenti kerja. Your ultimate tanggungjawab ialah jaga suami dan anak, bukan cari rezeki. kalau nak tolong suami punya pasal sampai terabai tanggung jawab awak nak BF, tu dah amik hak anak awak pulak (sama macam suami amik hak awak, so awak dan suami sama ja spesis). kalau suami masih berkeras nak awak bekerja sbb dia TAK MAMPU nak bela awak sekeluarga, dan awak rasa penat sangat nak BF (which I truly understand) plus suami plak tak membantu.. why not awak mintak izin ngan suami utk mix feeding ja. (and some husbands just goes yippieee), dan ingatkan husband yang awak terpaksa amik step ini, sbb dah tak cukup tenag utk pikul tanggung jawab awak dan dia sekaligus. dan, kat akhirat nanti, kalau anak kome tuntut hak dia, bg tau kat husband, yang awak akan suruh anak tu gi tuntut kat dia. Sbb dia tak membantu langsung awak utk laksanakan tanggung jawab awak.
Bf nih, sesuatu yg bukan mudah. marriage tu pulak adalah macam satu team. Dan team perlu ada teamwork. Buat kerja sorang2 nih mmg la penat. Apa la beza isteri yang keja, BF, urus rumah dan anak2 dengan janda ber anak. sama ja kan, takde fungsi suami.
sekian celoteh ku yang emo di pagi hari.